Raimi Syazwan Abdul Rashid

Kalam Memoir Raimi Syazwan dan rakaman peristiwa. Tablorama metaforikal. Demi Pena dan kisah-kisah yang ditulis. Miim! Demi Masa setiap kata-kata ini akan kembali juga padaku. Tentu kerana kita punya arah yang satu. Nuun! Demi Pena dan ceritera temadunia.

Raimi Syazwan Keutamaanku Haruman Kasturi. If a Picture is Worth a Thousand Words. Blog raimisyazwan.com dibuka pada tahun 2012. Ia merupakan blog pribadi yang bertema bebas. www.raimisyazwan.com Memoir Kehidupan. Kalam Memoir Raimi Syazwan Blog Tablorama metaforikal. Miim! Demi Masa setiap kata-kata ini akan kembali juga padaku. Tentu kerana kita punya arah yang satu. Nuun! Demi Pena dan ceritera temadunia.

Kesederhanaan adalah kualiti yang menjadi keutamaan. Raimi Syazwan yang bermaksud Keutamaanku Haruman Kasturi. Dilahirkan sebagai Muslim pada suatu petang yang damai di Terengganu pada Ogos 1980. Sejak kecil hingga kini, nilai terbaik yang ada pada diri ini ialah kesederhanaan. I make a living doing what I love. Seorang Blogger yang masih bertatih, lelaki yang sederhana dan adakalanya agak pendiam.

#raimisyazwan #laman #kisah #rakaman peristiwa #kalam #memori #warna hidup #rempah #rasa #insani #variasi #warna #monolog jiwa #seni #kata #kenangan lagu #dunia pendidikan #peribadi #blog #Agama #Blogger #Download #Hiburan #Insani #Kalam #Hati #Kesihatan #Liga #Super #Malaysia #Memori #Menarik #Panduan #Pendidikan #Pengumuman #Peristiwa #Rasmi #Sastera #Tragedi #Vacation #Jiwa

Blog Peribadi Raimi Syazwan Abdul Rashid
Kalam Memoir Raimi Syazwan. Nuun! Demi Pena dan ceritera temadunia. Di sebalik Tablorama metaforikal di matamu dapat kulihat mataku dan tentu dalam mataku kan tampak matamu. Miim! Demi Masa setiap kata-kataku padamu akan kembali juga padaku. Mungkin kerana kita punya arah yang satu.

 

SANUBARI INSANI

 

Blog Artikel lebih tertumpu pada kisah seharian dan catatan serta pandangan peribadi mengenai sesuatu peristiwa semasa. Selain menghasikan sendiri sesuatu artikel, yang selebihnya adalah hasil perkongsian dari laman sesawang lainnya. Kebanyakan perkongsian adalah 100% hasil penulis asal entri tersebut.

 

PENYAKIT SUHU PANAS LUAR BIASA STROK HABA (HEAT STROKE)
Panas dan rimas, hingga kepala terasa pening. Hari ini Panas luar biasa sekali. Lalu aku kongsikan artikel mengenai Heat Stroke atau Strok Haba yang merupakan Penyakit Suhu Panas yang mampu membawa kematian. Gejala ini bermula semenjak awal Februari sehingga June 2014 apabila Malaysia diramalkan mengalami suhu panas yang melampau dan kering. #StrokHaba Click for Heat Stroke Infographic.

 

DIFINISI DAN HURAIAN TEMA HARI GURU 2014
Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi merupakan Tema Sambutan Hari Guru 2014. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia pada 8 April bersetuju dengan Difinisi dan Huraian Tema yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila ke laman Hari Guru 2014 Malaysia untuk Difinisi dan Huraian Tema selengkapnya.

 

AKSI BOMOH TIKAR TERBANG ZAM ZAM ALAKAZAM (MH370)
Bomoh MH370 Issue. Permaidani Ajaib atau Tikar Terbang Zam Zam Ala-kazam dikatakan sekadar simbolik perlakuan Bomoh berimaginasi terbang di angkasa mencari Pesawat MH370 Boeing 777 yang masih ghaib. Tiba-tiba Memori tonton Sarkas di Pagi Raya berlegar di mindaku. Adakah kita sanggup membiarkan Aksi Bomoh MH370 Tikar Terbang Ajaib dianggap Budaya Malaysia Menangani Tragedi seperti #MH370 Boeing 777 ini. Read more: Bomoh MH370.

 

Warna Kehidupan Doa ketika Sedih Duka Nestapa. Hidup Insan ada Berjuta Warna. Adakalanya Kegembiraan tiba tanpa di duga. Ada masanya Kesedihan melanda bagai samudra. Cara Islam melalui rasa sedih dan situasi berduka. Sebagai insan bertakwa, Apakah Doa ketika Berduka dan merasa Sedih Nestapa. Selagi ia dinamakan Kehidupan, semuanya pasti dan tetap ditempuhi. Yang ada cuma perbezaan cara seseorang melaluinya. Bukankah Hidup di Dunia satu Ujian dari Allah. Bukankah hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Malah, Bukankah sahabat dan musuh manusia telah dinyatakan di dalam Al Quran semenjak dahulu kala.


WARNA KEHIDUPAN DOA KETIKA SEDIH DUKA NESTAPA
Perjalanan ini, ada kalanya longgar dan tiba masa-masa sukar, yang membuat hidup terasa penuh Kesedihan dan Keresahan. Namun, ada saatnya pula tiba masa-masa senang, yang membuat hidup terasa penuh Kegembiraan dan Kebahagiaan. Tanpa sadar bibir kita basah dengan senyuman. Sesungguhnya, kesedihan dan kegembiraan, keresahan dan kebahagiaan ialah ujian dari Allah yang merupakan Rahmat kepada manusia. Ujian ini bersilih ganti dan seimbang antara satu sama lain. Sebagaimana sesaatnya malam ditelan siang. Tak selamanya kesedihan dan kegembiraan melanda kita. Semua itu datang silih berganti, tanpa selalu dapat dinanti.

There are as many nights as days, and the one is just as long as the other in the year's course. Even a happy life cannot be without a measure of darkness, and the word 'happy' would lose its meaning if it were not balanced by sadness.
 – Quote about Life by Carl Jung


Kesedihan dan Kegembiraan merupakan emosi sementara yang datang dan pergi, silih berganti. Fahami adalah kesementaraan itu. Kesementaraan menunjukkan bahawa Kesedihan dan Kegembiraan itu bukanlah milik kita. Ia ujian dari Allah yang menuntun tindakan dan sikap seseorang manusia itu. Ia bukanlah kita. Saat gembira fahamilah kegembiraan itu. Saat sedih selamilah kesedihan itu. Suatu hari nanti saat kita mula sedar dan fahami akan Kesedihan, Kegembiraan. Insyallah akan datang pasti, emosi-emosi yang lainnya juga dapat disentuh dengan jiwa yang tenang milik kita.


DOA PENAWAR HATI YANG DUKA DAN SEDIH

Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.


Doa-doa liku kehidupan manusia. Cara Islam melalui situasi sedih dan gembira sebagai insan bertakwa. Apakah doa ketika merasa sedih dan di saat berduka. Kesedihan dan Kegembiraan Doa Penawar Duka dan Sedih. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui sedangkan manusia tidak mengetahuinya. Warna Kehidupan Doa ketika Sedih Duka Nestapa.